Wednesday, September 30, 2009

Lambereta

Nostalgia buat Pak Yang Rahim

Lambereta, entah macammana teringat pula perkataan ini bila tengok wajah Pak Yang Rahim yang tengah menuang ayo oren tu.

Masa kecil-kecil dulu aku selalu naik lambereta dari Tapah Road Ke Lubuk Katak Tapah.

Hanya setakat itu yang boleh aku ingat tentang lambereta!...sebab kecik sangat masa tu...








Wahai Anakku

Setiap manusia yang hidup di dunia ini memerlukan ilmu pengetahuan. Ilmu adalah cahaya yang menerangi kita yang dalam kegelapan. Ya.. orang tidak berilmu ibarat ia sedang berjalan menuju ke suatu tempat dalam gelap gelita.

Akan mudah saja terlanggar dan tersepak sesuatu dan bisa saja sesat entah ke mana kerana tidak ada panduan dan teraba-raba.

Khalifah Ali Bin Abi Talib r.a. telah berkata kepada anaknya Al-Hassan:

'Wahai anakku, sekiranya aku disuruh memilih antara harta dan ilmu nescaya aku akan memilih ilmu, kerana...

Ilmu itu jika diberikan kepada orang lain, ianya akan bertambah banyak sedangkan harta jika diberikan ianya akan berkurangan.

Ilmu dapat menyelamatkan kita, sedangkan harta tidak akan selamat jika kita tidak menjaganya.

Memiliki Ilmu yang banyak, hati terasa bertambah tenang, sedangkan harta yang banyak telah menyusahkan kita menjaganya.

memiliki Ilmu yang banyak tidak ada kebimbangan dicuri orang, sedangkan banyak harta kita akan selalu cemas takut dicuri orang.

Orang berilmu mempunyai ramai kawan, sedangkan orang yang banyak harta mempunyai banyak lawan dan musuh yang dengki dan iri hati kepada kita."

Berkata Imam Al-Ghazali rahimahullah r.a.

"Wahai anak-anak, anda diwajibkan memiliki 4 perkara iaitu:

  • I'tiqad (pegangan) yang betul, yang tiada padanya bid'ah (rekaan agama)
  • Bertaubat yang bersungguh-sungguh, di mana tidak lagi melakukan maksiat sesudahnya.
  • Menjauhkan permusuhan sehingga tiadalah tertinggal lagi hak (orang lain) ke atas kamu [lebih-lebih lagi permusuhan dengan ibubapa kerana pasti kamu akan merana]
  • Menuntut ilmu Syari'ah selari dengan kehendak perintah Allah, kemudian memenuhi segala ilmu Akhirat yang membawa kelepasan dari azab Neraka."

Sunday, September 27, 2009

Salam Pengenalan


Assalammualaikum

Selamat datang ke laman blog keluarga Ainon dan Baharudin atau lebih dikenali di kalangan orang kampung dan saudara mara kami sebagai Non Bada.

Gambar di atas adalah contoh sebenar rumah asal di Kampung Baru S/C, Redang Punggur yang mula kami duduki pada tahun 1963.

Ketika gambar ini diambil, rumah contoh ini hanya tinggal sebuah di lorong satu sebagai kenangan dan bahan sejarah dan hanya menunggu masa untuk roboh kerana telah terlalu uzur.

Ukuran rumah ini lebih kurang 20' X 10' bagi ruang utama dan membentuk huruf L bagi ruang dapur berukuran 10' X 10'. Tidak ada bilik tidur dan bilik air dan tandas, nun jauh di belakang rumah (luar rumah).

Bagi sesiapa yang ada gambar-gambar yang nak disiarkan di laman ini sila emailkan kepada nonbada@gmail.com



Thursday, September 24, 2009

Rumah Siapa Ni Haaa?


Rumah ini memang banyak kenangan. Bonda tersayang Ainon atau Nonbada menghembuskan nafas terakhirnya mengadap kehadarat Allah yang Maha Pengasih Lagi maha Penyayang di rumah ini.

Mudah-mudahan Allah mencucuri RahmatNya ke atas roh kedua ayahbonda kami. Amin...

Rumah ini juga menjadi "port" ketika bonda dan ayahanda menerima rawatan di hospital. Juga menjadi "istana hinggap" bagi kami jika ke KL apabila ada apa-apa urusan di sana.

Terima kasih kepada tuan rumah kerana bermurah hati "membuka pintu" jika kami ke sana.