Setiap manusia yang hidup di dunia ini memerlukan ilmu pengetahuan. Ilmu adalah cahaya yang menerangi kita yang dalam kegelapan. Ya.. orang tidak berilmu ibarat ia sedang berjalan menuju ke suatu tempat dalam gelap gelita.
Akan mudah saja terlanggar dan tersepak sesuatu dan bisa saja sesat entah ke mana kerana tidak ada panduan dan teraba-raba.
Khalifah Ali Bin Abi Talib r.a. telah berkata kepada anaknya Al-Hassan:
'Wahai anakku, sekiranya aku disuruh memilih antara harta dan ilmu nescaya aku akan memilih ilmu, kerana...
Ilmu itu jika diberikan kepada orang lain, ianya akan bertambah banyak sedangkan harta jika diberikan ianya akan berkurangan.
Ilmu dapat menyelamatkan kita, sedangkan harta tidak akan selamat jika kita tidak menjaganya.
Memiliki Ilmu yang banyak, hati terasa bertambah tenang, sedangkan harta yang banyak telah menyusahkan kita menjaganya.
memiliki Ilmu yang banyak tidak ada kebimbangan dicuri orang, sedangkan banyak harta kita akan selalu cemas takut dicuri orang.
Orang berilmu mempunyai ramai kawan, sedangkan orang yang banyak harta mempunyai banyak lawan dan musuh yang dengki dan iri hati kepada kita."
Berkata Imam Al-Ghazali rahimahullah r.a.
"Wahai anak-anak, anda diwajibkan memiliki 4 perkara iaitu:

- I'tiqad (pegangan) yang betul, yang tiada padanya bid'ah (rekaan agama)
- Bertaubat yang bersungguh-sungguh, di mana tidak lagi melakukan maksiat sesudahnya.
- Menjauhkan permusuhan sehingga tiadalah tertinggal lagi hak (orang lain) ke atas kamu [lebih-lebih lagi permusuhan dengan ibubapa kerana pasti kamu akan merana]
- Menuntut ilmu Syari'ah selari dengan kehendak perintah Allah, kemudian memenuhi segala ilmu Akhirat yang membawa kelepasan dari azab Neraka."
No comments:
Post a Comment