Saturday, December 5, 2009

Manafaatkan hobi

Dah lama tak layan blog ni maklumlah sibuk dengan tugas harian di CHIMB... dan sebuk dengan melayan ari raya aji...

Juga sibuk dengan mereka cipta sebuah blog nan indah sementelahan aku dah jadi ahli pada satu syarikat MLM terkemuka di Malaysia.

Sayang juga dah terbang 30 henggit.. daftar jadi ahli.

Modal pun tak besar 30 henggit je, buat blog pun free je... mana ada bisnes yg free mcm nie.
Aku layarkan blog ni je dan buat sikit promosu...eh eh prpmosi la..

3400545740_29b7ef5f05_o

(klik leee...klik le...kome!)

Pada yeop man bina le satu blog utk promosi bisnes kome... kalu promosi kat "sauh bok" tu kurang le umph...

Sape -sape yg belum jadi ahli sila le daftar, bukan banyak sangat 30 hengget je, produk pun umphh..!!

La nie mcm-mcm produk ada, RFC pun ada, eh apa lak RFC nie... RFC tu mcm KFC gak tapi halalan toyyiban... guna ayam organik.


La nie ais kerim pun dah ada, radix cola dan sarsi yang sedapppp.

Pendik kata macam-macam ada...



Wednesday, November 11, 2009

Monday, November 9, 2009

Mengkome

Kalo mengkome nak tau, deroyan dah habih. Jumpe lagi taun depan...
Ini adalah cobaaann.....

Tuesday, October 27, 2009

DOA HAZBUL AZAM - UST KAZIM ELIAS

Kita sering kehilangan barang, kehilangan orang yang disayang, kekadang kita "kehilangan diri" sendiri. Kita pun kebingungan dan tak keruan tak tahu mencari jalan keluar. Lantas mencari seseorang untuk membantu sedang yang membantu pun tak tahu apa-apa dan tak punya keupayaan apa-apa.

Sedangkan Allah telah menyediakan satu "senjata" yang sangat sangat tajam. Ketajamannya lebih tajam dari pedang, kepantasannya lebih pantas dari kilat. Kerana Allah telah berfirman mahfumnya "Mohonlah kepadaKu, pasti akan Ku makbulkan"

Itulah doa.

Tapi kenapa doa kita "tumpul" tak makbul dan tak mustajab. Kenapa doa kita tak "didengari" Allah, Kenapa....?

Silapnya diri kita sendiri. Kita tak menghayati doa dalam erti kata sebenar-benarnya. Bukan maksudnya menghayati doa semasa kita berdoa. Dengan memejam dan mengalirkan air mata. tapi lebih jauh dari itu.

Kita sebenarnya tak menghayati Agama Islam itu sendiri. Terlalu banyak yang kita abaikan, terlalu banyak yang kita pinggirkan. Dalam banyak hal kita mempermain-mainkan suruhan dan larangan Tuhan, lantas bagaimana segala doa kita mahu didengari oleh Allah s.w.t.

Sedangkan Mahligai boleh dipindahkan dalam sekelip mata, hanya dengan berdoa. Ikuti perbincangannya... klik burung merpati!!




Bebaskan diri dari Kejahilan Agama
Klik Gambar

Sunday, October 25, 2009

Limau Nipis

Hari ini aku ke MacD kerana ada tugas "menjual" kad kredit di sana sebab MacD adakan peraduan mewarna. Susah sangat kerja ni maklumlah semua orang dah ada kad kredit.

Yang dapat aku bawak balik hanya tiga ketul burger, dua milo dan satu cola. Itu pun dapat percuma dari MacD sebagai buah tangan.

Tak berapa ramai yang datang sebab hujan. Dapatlah bersembang dengan kawan pasal "tanah". Dah panjang lebar bersembang dia ajak ke kebunnya, meninjau2 kalau ada orang nak jual tanah di kampung tu.

Pendekkan cerita, kami pun sampai ke kebun durian seluas 3 suku ekar. Ada lebih 120 pokok durian. Jadi taukeh durianlah aku sekejap. Best jugak, tak sampai setengah jam dah dua keranjang kami pungut. Malam ni panaslah badan....

Durian tu satu hal, apa yang menarik aku tengok cara orang kampung ni cari duit. Ada saja kerja yang mereka buat yang tak terfikir pun oleh benak kita yang "advance" ni.

Hasil berbudi pada tanah:

Limau Nipis
Menjana Pendapatan Lumayan



Pak Ngah kata nak bela kambing macam nie...



Gambar Sahabat
Taukey Durian
Ni, kebun dia le ni...



Umy pulak konvo... (24 Oktober 2009)

Umairah Anuar
Dip. in Accountancy
Kolej Professional MARA Melaka


Kami bertolak dari rumah tepat jam 4.30pg...hoho.. :p

Pagi sebelum majlis bermula...







Mujur ade gerai jual sandwich... Kami dah risau ayah yg kelaparan sebab tak sarapan lagi...hehe



Lepas pendaftaran selesai..
Cuaca pagi itu redup dan nyaman...


Like father, like daughter!


Tengahari, selepas majlis selesai....









Acara wajib -- mak bergaya dengan jubah konvo anak2. =)






Masih nak ulang aksi yang sama!





Bukan main seronok lagi dia... =)





Berjemur tengah panas... Ayah dah kelaparan, alas perut dengan gula2 Choclairs. Hehe..



Dah nak balik....

Mak beli kek coklat untuk Umy..
Hantar Umy balek ke rumah sewanya... Sanye dia dah mula kerja kat Melaka sejak Isnin lepas...
Alhamdulillah...


Congratz Umy!

Saturday, October 24, 2009

Keluhan Orang Kafir di Akhirat.

Kehilangan berkat dalam waktu adalah antara keluhan utama orng kafir di akhirat. Al-Quran menceritakan bahawa ketika kiamat, manusia merasa bahawa hidup mereka di dunia begitu singkat. Sebahagian mereka berasa hidup di dunia hanya sepuluh hari (Surah Taha 20: 103).

Yang lain pula berasa cuma sehari atau setengah hari saja,"Allah bertanya:'Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?'Mereka menjawab:'Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari.'" (Surah al-Mukminun 23: 112-113).

Malah ada juga yang berkata bahawa masa hidup mereka di dunia hanya beberapa jam saja."Pada hari mereka melihat hari berbangkit itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar saja) pada waktu atau pada pagi hari."(Surah Al-Naaziat: 46)

"Dan pada hari terjadinya kiamat, bersumpahlah orang yang berdosa; mereka tidak berdiam (di dunia) melainkan sesaat (saja)."(Surah Rum 30: 55)

Sayid Qutb menulis,"Orang yang hendak memikirkan hikmah Allah dan kesempurnaan agama ini dapat melihat kebenaran firman Allah ini lebih jelas daripada Orang yang mendengar firman ini pertama kali. Realiti dunia di depan matanya membenarkan setiap kalimat daripada ucapan ini. Berbagai-bagai bangsa yang sesat dan memakan riba tertimpa berbagai-bagai musibah yang membiasakan sistem etika, agama, kesihatan dan ekonomi mereka."

Sikap Kita,

Jika kita menyedari bahawa keberkatan telah hilang, maka sungguh rugi jika kita membuang-buang waktu yang memang sudah sedikit itu. Sebaliknya, kita harus bertekat menggunakan waktu ini dengan baik untuk meningkatkan prestasi di dunia dan mengumpulkan bekal hidup di akhirat.

Abu Hazim Salamah bin Dinar berkata ,"Segala sesuatu yang ingin kau bawa ke akhirat, siapkanlah dari sekarang. Dan sesuatu yang tidak ingin kau bawa, tinggalkanlah dari sekarang."

Apa lagi Rasulullah s.a.w. memberitakan bahawa kondisi ini akan bertambah buruk pada masa akan datang. Baginda bersabda sebagai mana diriwayatkan Bukhari daripada Anas bin Malik,"Tidaklah datang kepadamu suatu zaman, melainkan zaman yang setelahnya lebih buruk daripada itu, hingga kamu berjumpa dengan Tuhanmu."

Baginda juga bersabda,"Cepatlah kamu beramal sebelum datang berbagai-bagai fitnah seperti kegelapan malam. Pada waktu itu, seorang beriman pada pagi hari dan kafir pada petang harinya. Ia beriman pada petang hari tetapi kafir pada pagi harinya. Ia menjual agamanya demi sedikt harta didunia."(Riwayat Ibn Hibban dan al-Hakim daripada Abu Hurairah).

Angah dari majalah Solusi

Erti Suatu Kebaikan

Ombak besar bersama ribut baru melanda sebuah kampung nelayan. Di pantai terdampar ribuan ketam-ketam kecil yang dibawa bersama ombak besar itu. Apabila ribut reda dan cuaca tenang semula kelihatan seorang lelaki tua sedang mengutip ketam-ketam yang sudah "nyawa-nyawa ikan"kerana kekeringan itu lalu dicapakkannya semua ke laut. Seekor demi seekor.

Perbuatan orang tua itu diperhatikan oleh anak muda yang kebetulan berada di pantai itu.
Mereka pelik melihat betapa tekunnya orang tua tersebut mengutip satu demi satu
ketam-ketam kecil untuk dicampakkan ke laut.
"Atuk buat apa tu?" tegur seorang daripada anak muda itu.
"Kutip ketam ni untuk buang semula ke laut," jawab orang tua itu.
"Kenapa?"
"Kalau dicampakkan ke laut kan ketam ini berpelung untuk hidup bukan?"
"Atuk nak kutip semua ni ke?" tanya mereka lagi sambil menunjukkan ribuan
ketam-ketam yang terdampar di pantai itu.
"Begitulah. Tapi mana atuk terdaya... ini pun dah cukup letih," akui orang tua itu.
Namun tangannya masih sibuk mengutip dan mencampakkan ketam-ketam itu ke laut. Perlahan-lahan.
Anak muda itu senyum sambil menggeleng-gelengkan kepala. "Sia-sia saja atuk. Ribuan ketam ini akan mati. Atuk tak akan sempat dan mampu menyelamatkan semuanya."
"Eh,tidaklah,"
"Kenapa?"
"Bagi kita mungkin nampak sia-sia sebab apalah ertinya menyelamatkan seekor dua ketam ni berbanding ribuan lain yang akan mati, tetapi bagi seekor ketam yang kita selamatkan itu, ia terlalu besar ertinya."
"Kenapa atuk?"
"Kerana ia melibatkan soal hidup atau matinya,betul tak?" tanya orang tua itu.
Anak-anak muda yang memandang sinis sejak tadi terdiam melihat kebijaksanaan orang tua itu.

Pengajaran: Jangan fikir besar atau kecilnya satu kebaikan apabila kita ingan melakukannya. Mungkin apa yang dianggap kecil oleh kita sangat besar pada yang menerimanya.Apatah lagi bila kita sedar Allah menilai setiap kebaian yang kita buat. Mungkin suatu yang dianggap kecil oleh kita besar pada pandangan Allah justeru keikhlasan dan kesabaran dalam melaksanakannya.

Ditaip oleh Angah

Wednesday, October 21, 2009

12 azab bagi yang meninggalkan solat

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.

Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

· Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
· Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
· Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

· Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
· Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
· Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

· Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
· Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
· Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

· Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
· Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
· Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

Sunday, October 18, 2009

Pics konvo Adham (August 2009)

Check out these pics!















Congratz Bro!

Friday, October 16, 2009

Ilmu Yang Bermanafaat

Pada suatu hari seorang professor telah membuat kajian di laut dalam. Professor ini sangat bijak dan arif dalam banyak hal. Kali ini beliau nak buat kajian mengenai laut.

Prof pun menyewa sebuah bot untuk ke tengah laut. Prof ini sangat beruntung kerana pemandu bot yang disewa itu sangat pendiam. Langsung tidak bertanya itu ini, hanya mengikut sahaja arahan Prof yang bijaksana itu.

Mudahlah kerja-kerja kajiannya kerana tidak diganggu. Prof pun mengambil banyak contoh air dan hidupan serta rumpai laut. Setiap kali prof mengambil sample laut, beliau pun membuat catatan yang tak difahami oleh pemandu.

Namun pemandu bot itu langsung tak bertanya apa-apa. Dia hanya membiarkan Prof membuat kajiannya.

Setelah hari hampir petang, kerja-kerja prof itu pun selesai. "Pakcik jom kita balik " seru prof. girang kerana kerja-kerjanya telah selesai. Tanpa berlengah pemandu bot pun menghidupkan enjin botnya.

Dalam perjalanan pulang, prof pun bertanya kepada pemandu bot "dah berapa lama pakcik jadi pemandu bot ni!".

"Seumur hidup saya" jawab pakcik.

"Kerja-kerja lain tak pernah buat?" tanya prof

"Tak! Inilah saja ilmu yang saya ada, ilmu pandu bot" jawab pakcik bersahaja.

"Pakcik tak tahu ilmu berniaga?" tanya prof nak meguji .

"Tak tahu" jawab pakcik ringkas.

"Kalau macam tu pakcik dah hilang suku dari hayat pakcik" kata prof.

"Emm ilmu politik... tak pernah belajar?" tanya prof lagi.

"Entahlah, politik pun saya tak tahu apa maknanya tuan" kata pakcik dengan nada suara yang rendah kerana dah memang dia tak tahu apa-apa.

"Kalau macam tu pakcik dah hilang separuh dari hayat pakcik" kata prof bangga lalu bertanya lagi "Ilmu sains, pakcik tahu...?"

"Tak tahu tuan" jawab pakcik. Malu juga rasanya dia kerana semuanya tak tahu.

"Banyaknya yang pakcik tak tahu!" jerit prof. "Sebenarnya ilmu di dunia ni terlalu banyak yang kita kena belajar pakcik barulah kita akan berjaya! Kesian saya tengok pakcik dah tiga suku hayat pakcik hilang begitu saja"

Dalam sibuk berbual itu, tiba-tiba pemandu bot memecut laju botnya kerana dari pengalaman seumur hidupnya di laut dia tahu hari akan ribut. Terlalu cepat cuaca bertukar, angin bertiup kencang dan ombak besar mula mengganas.

Tiba-tiba bot dipukul ombak besar dan terbalik. Kedua-dua mereka terpelanting ke laut.

"Tolong...tolong pakcik!!" tuan prof timbul tenggelam di lambung ombak.

Dalam suasana yang kelam kabut itu sempat pakcik bertanya kepada prof yang bijaksana" tuan tak belajar ilmu berenang!?... "

Dengan tercungap-cungap prof menjawab "Tak tahu pakcik...!!

"Kalau begitu habislah seluruh hayat tuan...!! belum pun sempat pemandu bot menghabiskan kata-kata, prof yang sangat tinggi ilmu keduniaannya itu tenggelam ditelan ombak.

Dengan pengalaman dan ilmu yang ada, pemandu bot pun berenang ke pantai menyelamatkan diri.

Teladan dari cerita: Ilmu agama ibarat ilmu berenang di laut, jika kita tidak mempelajari dan mendalaminya, suatu masa nanti pasti kita akan binasa.

Jika kamu punya ilmu yang tinggi-tinggi janganlah berasa sombong dan ego kerana mungkin ada ilmu yang belum kamu ketahui, padahal yang kamu tidak tahu itulah yang akan menyelamatkan kamu.

Kadang-kadang fokus dalam sesuatu ilmu dan kemahiran lebih baik dari tahu semua benda tapi tidak mendatangkan manafaat




Tuesday, October 13, 2009

[Iklan] Peringatan kpd Semua -- AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA


Source: forwarded from email


PB59012 MOHD ARIF BIN GHAZALI

UNIT JABATAN KESELAAMATAN

PETRONAS PENAPISAN (T) SDN BHD

24300 KERTEH,KEMAMAN

TERENGGANU DARUL IMAN

TEL(H/P) : 019-9247876,017-9628072

TEL(R) : 09-6668786

TEL(P) : 09-8283136



AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA

Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita..

Berhati2 semua terutama para wanita.

Bahaya....!!!

Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.


" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan......

Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita..


Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.


Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.



Monday, October 12, 2009

Amaran Allah

وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُواْ فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا

Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau-lampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya. Maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.

Surah Al-Israa' 17:16

Subahanallah... Maha Suci Allah, setiap sesuatu yang terjadi tidaklah berlaku dengan secara kebetulan, malah ianya dalam rancangan dan pengetahuan Allah.

Sedarkah kita bahawa Allah telah memberi amaran kepada manusia supaya taat akan perintah dan meninggalkan laranganNya.

Khabarnya di Padang Islam telah "ditinggalkan" atau Islam tinggal hanya pada nama sahaja. Ada yang menceritakan di Padang anjing telah menjadi binatang peliharaan seperti kucing... Masyallah! (Wallahhua'alam)

Kalau anjing dah dipelihara macam kucing, pada logiknya sudah sehabis-habis buruklah perlakuan manusia Islam itu, kerana anjing merupakan seberat-berat najis bagi orang Islam selain dari babi dan perkara-perkara lain (perintah dan larangan Allah) sudah tentulah diabaikan seabai-abainya.

Kejadian gempa bumi di padang berlaku pada jam 5:16 petang, dan surah Al-Israa' pula adalah surah yang ke 17 dan ayat amaran Allah itu pula adalah ayat yang ke 16. Jika mengikut kiraan waktu antarabangsa, jam 17 bersamaan dengan jam 5 petang iaitu bertepatan dengan waktu berlakunya gempa bumi tersebut pada jam 5:16 petang!!


Sunday, October 11, 2009

Miskin Sebab Besi Buruk


Ucapan terima kasih yang tak terhingga pada Pak Teh yang telah berpenat lelah menjaga, menebang dan menabas dusun tinggalan arwah ayah. Kekentalan jiwa dan kekuatan semangat untuk mengulang kampung yang telah ditinggalkan sekian lama harus diberi segulung ijazah kehormat oleh keluarga Non Bada.

Kekentalan dan kekuatan semangat yang sangat tinggi amat diperlukan seperti kuatnya semangat Prof Sidik Baba yang mendayung basikal sejauh 45km pergi balik setiap hari dalam menuntut ilmu dan dalam sentiasa kesempitan kewangan untuk membayar yuran bulanan dan membeli buku sekolah.

Aku bukanlah orang yang sekuat itu. Tapi aku sering mendapat "khidmat nasihat percuma" dari seorang kawan yang sememangnya sangat kuat semangatnya dalam membina kehidupan. Tiap kali aku bertemunya di masjid, hampir pasti dia akan mengajak aku bersembang dan tajuknya tidak lain... "kamu jangan berhenti kerja, sekali-kali jangan berhenti kerja kecuali dipaksa".

Memanglah dia seorang yang berjaya walaupun dari sudut pandangan mata orang lain, dia sama saja. Sejak aku kenal, itulah kereta yang dipakainya sampai sekarang, Suzuki Vitara... dah hampir 20 tahun dah.

Kawan aku ni tak beli rumah dan tak mahu membeli rumah, rumah yaang didudukinya hanya rumah sewa yang sangat sederhana. Sebabnya dia ada pengalaman sendiri bekerja di sebuah syarikat pembangunan hartanah. Dari pengalaman itu katanya dia sangat merasa rugi kalau beli rumah kerana harga yang dijual oleh developer hampir dua kali ganda dari harga kos.

Katanya kesilapan orang melayu ada tiga. Ini yang sangat menarik bila aku dengar.

Pertama DADAH!!! habislah riwayat melayu kalau dah terjebak dalam profesion ini!!

Kedua BESI BURUK... aku tertanya-tanya logisnya sebab aku tengok orang-orang india yang bisnes besi buruk dah kaya raya sekarang.

Tapi rupa-rupanya dia maksudkan besi buruk tu ialah kereta. Katanya banyak bisnesman melayu terlingkup kerana kereta. Sekarang barulah aku faham...

Memang pun kalau dalam hal ini, terlalu banyak kita rugi, duit dihanguskan begitu saya untuk bertukar-tukar kereta atau membeli kereta yang mahal-mahal. (Patutlah dia tak pernak tukar kereta) Aku setuju 100% kerana aku salah seorang dari makhluk yang selalu buat kesilapan ini...

Ketiga RUMAH, orang melayu banyak membazirkan wang dengan membina rumah mewah dan menghias rumah dengan "melampau". Dia cukup tak setuju dengan tabiat ini, tapi lainlah kalau rumah itu boleh disewakan dan menjana ekonomi yang lebih baik.

Sengaja aku tulis "nasihat percuma" sahabat aku ni, untuk panduan diri sendiri dan buat pedoman anak buah, supaya mendapat "landasan" yang betul dalam kehidupan.



Bergambar di bawah pokok durian Tok





Wednesday, October 7, 2009

Durian Tok Bada



Alhamdulillah hari ni dah lima hari berpuasa sunat bulan Syawal. Susah betul rasanya nak beribadat, tambahan yang sunat sunat. Orang semua dah beraya kita baru nak kial-kial.

Hari ini special betul, sebab berbuka dengan buah durian. Dapat ke pahala sunnah? Entahlah...

Tapi durian ni bukan sebarang durian, durian ni di tanam oleh Tok Bada. Itulah hasilnya kalau berbudi pada tanah. Kalau kita tak dapat merasa, anak cucu cicitlah yang akan merasanya.

Tok Bada kalau pasal tanam pokok buah-buahan, susah nak challange... campak je biji benih ke tanah, Insyallah "menjadi".

Mudah-mudahan Allah mengalirkan pahalaNya pada Tok Bada dan Opah Non.

Sesiapa yang teringin silalah balik ke kampung. Lepas subuh bolehlah tunggu di bawah pokok, kalau lambat adalah "tuan" yang lain datang mengambilnya.


Tengok warna dah tahu macammana lazatnya...!!

Berkilat dan menyelerakan




Ditebuk tupai!!

Allah telah menjanjikan apa-apa yang kita tanam, jika dimakan oleh manusia atau binatang, kita akan mendapat pahalanya.


Cucu atok yang merasa, eemmm.. sedapnya!

lontaran satu idea

Meriah blog ni, tapi lagi meriah kalau ramai yang update blog ni. Menyumbangkan artikel dan apa saja berita menarik. Kalau nak jadi penyumbang sila hantar email address.

Boleh juga menjadikan blog ini sebagai tapak permulaan untuk menulis. Manalah tahu kalau-kalau bakat menulis tu boleh dikembangkan. Sekarang ni ramai penulis yang dah berjaya menerbitkan "Best Seller" dan menjana pasif income.

Macam yang dah ada degree yang tinggi-tinggi tu bolehlah mulakan idea ni dari blog ini.

Tulis dulu apa-apa topik yang menarik di sini, kemudian bila dah banyak, kompilekan dan kita cari penerbit untuk terbitkan buku. Kan best!!

Cerita pasal pokok durian atok saya pun boleh... harap-harap hjh ada idea. Manalah tau jadi penulis buku kanak-kanak ke....he he he..lumayan tau.

Dr nadia dan khalif pulak cerita pasal kesan kesihatan kanak-kanak....

Yeopman tulis pasal ultraman...

wassalam

Sunday, October 4, 2009

Tanah sekangkang kera

Entah berapa kali aku diganggu dengan panggilan telefon oleh orang yang mengaku mengenali semua orang. Mestilah ada sesuatu yang dimahunya dari aku dan dia mahu semahu mahunya!!

Malas aku nak layan. Betul kata Syaidina Ali k.w. "harta itu meyusahkan kamu "

Semalam aku diganggu lagi. Kali ini aku diajak berjumpa dia di bandar baru, macam-macamlah diayaknya aku. Aku tahu apa yang ada dalam benak dia "mesti dapatkan tanah yang sekangkang kera tu".

Aku ditunjukkan dengan plan tanah di kawasan tu. Dah habis hak milik "kita" dikebasnya. Bermula dengan 20k, naik 40k dan sekarang dia tawarkan aku 60k.

Mungkin dia ingat dengan 60k itu aku jadi kelabu asap mata berpino-pino... "Rugi lo kalau u biarkan tanah tu kosong kalau u jual itu duit boleh simpan ASB"

Kalau 60k lima saat boleh habis!!

Jawab aku senang je, kalau sekali nama dah potong dari geran tu, sampai kiamat pun takkan dapat balik. Biarlah dia dipenuhi hutan tapi nama tetap nama aku.

Aku tanya balik kalau u punya tanah saya mau beli 60k u mau jual ke?... (aku dah tau jawapannya)

Tapi memang hampir semua orang dah jual pada dia, termasuklah bekas-bekas kapten dan jeneral-jeneral.

Habis diceritakannya pada aku ada tok sidang yang jadi kaya dengan jadi broker tanah... dan beli tanah orang melayu dengan harga yang sangat murah.

Sekarang nampak jelas dalam benak aku macam mana tanah-tanah "kita" lesap satu persatu.

Sekarang ni dia hanya menunggu jawapan "yes" daripada aku. Dan lesaplah lagi sekangkang kera Tanah Melayu!!

Kalau aku kata yes, adakah gantinya!!!?





Wednesday, September 30, 2009

Lambereta

Nostalgia buat Pak Yang Rahim

Lambereta, entah macammana teringat pula perkataan ini bila tengok wajah Pak Yang Rahim yang tengah menuang ayo oren tu.

Masa kecil-kecil dulu aku selalu naik lambereta dari Tapah Road Ke Lubuk Katak Tapah.

Hanya setakat itu yang boleh aku ingat tentang lambereta!...sebab kecik sangat masa tu...








Wahai Anakku

Setiap manusia yang hidup di dunia ini memerlukan ilmu pengetahuan. Ilmu adalah cahaya yang menerangi kita yang dalam kegelapan. Ya.. orang tidak berilmu ibarat ia sedang berjalan menuju ke suatu tempat dalam gelap gelita.

Akan mudah saja terlanggar dan tersepak sesuatu dan bisa saja sesat entah ke mana kerana tidak ada panduan dan teraba-raba.

Khalifah Ali Bin Abi Talib r.a. telah berkata kepada anaknya Al-Hassan:

'Wahai anakku, sekiranya aku disuruh memilih antara harta dan ilmu nescaya aku akan memilih ilmu, kerana...

Ilmu itu jika diberikan kepada orang lain, ianya akan bertambah banyak sedangkan harta jika diberikan ianya akan berkurangan.

Ilmu dapat menyelamatkan kita, sedangkan harta tidak akan selamat jika kita tidak menjaganya.

Memiliki Ilmu yang banyak, hati terasa bertambah tenang, sedangkan harta yang banyak telah menyusahkan kita menjaganya.

memiliki Ilmu yang banyak tidak ada kebimbangan dicuri orang, sedangkan banyak harta kita akan selalu cemas takut dicuri orang.

Orang berilmu mempunyai ramai kawan, sedangkan orang yang banyak harta mempunyai banyak lawan dan musuh yang dengki dan iri hati kepada kita."

Berkata Imam Al-Ghazali rahimahullah r.a.

"Wahai anak-anak, anda diwajibkan memiliki 4 perkara iaitu:

  • I'tiqad (pegangan) yang betul, yang tiada padanya bid'ah (rekaan agama)
  • Bertaubat yang bersungguh-sungguh, di mana tidak lagi melakukan maksiat sesudahnya.
  • Menjauhkan permusuhan sehingga tiadalah tertinggal lagi hak (orang lain) ke atas kamu [lebih-lebih lagi permusuhan dengan ibubapa kerana pasti kamu akan merana]
  • Menuntut ilmu Syari'ah selari dengan kehendak perintah Allah, kemudian memenuhi segala ilmu Akhirat yang membawa kelepasan dari azab Neraka."

Sunday, September 27, 2009

Salam Pengenalan


Assalammualaikum

Selamat datang ke laman blog keluarga Ainon dan Baharudin atau lebih dikenali di kalangan orang kampung dan saudara mara kami sebagai Non Bada.

Gambar di atas adalah contoh sebenar rumah asal di Kampung Baru S/C, Redang Punggur yang mula kami duduki pada tahun 1963.

Ketika gambar ini diambil, rumah contoh ini hanya tinggal sebuah di lorong satu sebagai kenangan dan bahan sejarah dan hanya menunggu masa untuk roboh kerana telah terlalu uzur.

Ukuran rumah ini lebih kurang 20' X 10' bagi ruang utama dan membentuk huruf L bagi ruang dapur berukuran 10' X 10'. Tidak ada bilik tidur dan bilik air dan tandas, nun jauh di belakang rumah (luar rumah).

Bagi sesiapa yang ada gambar-gambar yang nak disiarkan di laman ini sila emailkan kepada nonbada@gmail.com



Thursday, September 24, 2009

Rumah Siapa Ni Haaa?


Rumah ini memang banyak kenangan. Bonda tersayang Ainon atau Nonbada menghembuskan nafas terakhirnya mengadap kehadarat Allah yang Maha Pengasih Lagi maha Penyayang di rumah ini.

Mudah-mudahan Allah mencucuri RahmatNya ke atas roh kedua ayahbonda kami. Amin...

Rumah ini juga menjadi "port" ketika bonda dan ayahanda menerima rawatan di hospital. Juga menjadi "istana hinggap" bagi kami jika ke KL apabila ada apa-apa urusan di sana.

Terima kasih kepada tuan rumah kerana bermurah hati "membuka pintu" jika kami ke sana.