Pada suatu hari seorang professor telah membuat kajian di laut dalam. Professor ini sangat bijak dan arif dalam banyak hal. Kali ini beliau nak buat kajian mengenai laut.
Prof pun menyewa sebuah bot untuk ke tengah laut. Prof ini sangat beruntung kerana pemandu bot yang disewa itu sangat pendiam. Langsung tidak bertanya itu ini, hanya mengikut sahaja arahan Prof yang bijaksana itu.
Mudahlah kerja-kerja kajiannya kerana tidak diganggu. Prof pun mengambil banyak contoh air dan hidupan serta rumpai laut. Setiap kali prof mengambil sample laut, beliau pun membuat catatan yang tak difahami oleh pemandu.
Namun pemandu bot itu langsung tak bertanya apa-apa. Dia hanya membiarkan Prof membuat kajiannya.
Setelah hari hampir petang, kerja-kerja prof itu pun selesai. "Pakcik jom kita balik " seru prof. girang kerana kerja-kerjanya telah selesai. Tanpa berlengah pemandu bot pun menghidupkan enjin botnya.
Dalam perjalanan pulang, prof pun bertanya kepada pemandu bot "dah berapa lama pakcik jadi pemandu bot ni!".
"Seumur hidup saya" jawab pakcik.
"Kerja-kerja lain tak pernah buat?" tanya prof
"Tak! Inilah saja ilmu yang saya ada, ilmu pandu bot" jawab pakcik bersahaja.
"Pakcik tak tahu ilmu berniaga?" tanya prof nak meguji .
"Tak tahu" jawab pakcik ringkas.
"Kalau macam tu pakcik dah hilang suku dari hayat pakcik" kata prof.
"Emm ilmu politik... tak pernah belajar?" tanya prof lagi.
"Entahlah, politik pun saya tak tahu apa maknanya tuan" kata pakcik dengan nada suara yang rendah kerana dah memang dia tak tahu apa-apa.
"Kalau macam tu pakcik dah hilang separuh dari hayat pakcik" kata prof bangga lalu bertanya lagi "Ilmu sains, pakcik tahu...?"
"Tak tahu tuan" jawab pakcik. Malu juga rasanya dia kerana semuanya tak tahu.
"Banyaknya yang pakcik tak tahu!" jerit prof. "Sebenarnya ilmu di dunia ni terlalu banyak yang kita kena belajar pakcik barulah kita akan berjaya! Kesian saya tengok pakcik dah tiga suku hayat pakcik hilang begitu saja"
Dalam sibuk berbual itu, tiba-tiba pemandu bot memecut laju botnya kerana dari pengalaman seumur hidupnya di laut dia tahu hari akan ribut. Terlalu cepat cuaca bertukar, angin bertiup kencang dan ombak besar mula mengganas.
Tiba-tiba bot dipukul ombak besar dan terbalik. Kedua-dua mereka terpelanting ke laut.
"Tolong...tolong pakcik!!" tuan prof timbul tenggelam di lambung ombak.
Dalam suasana yang kelam kabut itu sempat pakcik bertanya kepada prof yang bijaksana" tuan tak belajar ilmu berenang!?... "
Dengan tercungap-cungap prof menjawab "Tak tahu pakcik...!!
"Kalau begitu habislah seluruh hayat tuan...!! belum pun sempat pemandu bot menghabiskan kata-kata, prof yang sangat tinggi ilmu keduniaannya itu tenggelam ditelan ombak.
Dengan pengalaman dan ilmu yang ada, pemandu bot pun berenang ke pantai menyelamatkan diri.
Teladan dari cerita: Ilmu agama ibarat ilmu berenang di laut, jika kita tidak mempelajari dan mendalaminya, suatu masa nanti pasti kita akan binasa.
Jika kamu punya ilmu yang tinggi-tinggi janganlah berasa sombong dan ego kerana mungkin ada ilmu yang belum kamu ketahui, padahal yang kamu tidak tahu itulah yang akan menyelamatkan kamu.
Kadang-kadang fokus dalam sesuatu ilmu dan kemahiran lebih baik dari tahu semua benda tapi tidak mendatangkan manafaat

No comments:
Post a Comment