Sunday, October 11, 2009

Miskin Sebab Besi Buruk


Ucapan terima kasih yang tak terhingga pada Pak Teh yang telah berpenat lelah menjaga, menebang dan menabas dusun tinggalan arwah ayah. Kekentalan jiwa dan kekuatan semangat untuk mengulang kampung yang telah ditinggalkan sekian lama harus diberi segulung ijazah kehormat oleh keluarga Non Bada.

Kekentalan dan kekuatan semangat yang sangat tinggi amat diperlukan seperti kuatnya semangat Prof Sidik Baba yang mendayung basikal sejauh 45km pergi balik setiap hari dalam menuntut ilmu dan dalam sentiasa kesempitan kewangan untuk membayar yuran bulanan dan membeli buku sekolah.

Aku bukanlah orang yang sekuat itu. Tapi aku sering mendapat "khidmat nasihat percuma" dari seorang kawan yang sememangnya sangat kuat semangatnya dalam membina kehidupan. Tiap kali aku bertemunya di masjid, hampir pasti dia akan mengajak aku bersembang dan tajuknya tidak lain... "kamu jangan berhenti kerja, sekali-kali jangan berhenti kerja kecuali dipaksa".

Memanglah dia seorang yang berjaya walaupun dari sudut pandangan mata orang lain, dia sama saja. Sejak aku kenal, itulah kereta yang dipakainya sampai sekarang, Suzuki Vitara... dah hampir 20 tahun dah.

Kawan aku ni tak beli rumah dan tak mahu membeli rumah, rumah yaang didudukinya hanya rumah sewa yang sangat sederhana. Sebabnya dia ada pengalaman sendiri bekerja di sebuah syarikat pembangunan hartanah. Dari pengalaman itu katanya dia sangat merasa rugi kalau beli rumah kerana harga yang dijual oleh developer hampir dua kali ganda dari harga kos.

Katanya kesilapan orang melayu ada tiga. Ini yang sangat menarik bila aku dengar.

Pertama DADAH!!! habislah riwayat melayu kalau dah terjebak dalam profesion ini!!

Kedua BESI BURUK... aku tertanya-tanya logisnya sebab aku tengok orang-orang india yang bisnes besi buruk dah kaya raya sekarang.

Tapi rupa-rupanya dia maksudkan besi buruk tu ialah kereta. Katanya banyak bisnesman melayu terlingkup kerana kereta. Sekarang barulah aku faham...

Memang pun kalau dalam hal ini, terlalu banyak kita rugi, duit dihanguskan begitu saya untuk bertukar-tukar kereta atau membeli kereta yang mahal-mahal. (Patutlah dia tak pernak tukar kereta) Aku setuju 100% kerana aku salah seorang dari makhluk yang selalu buat kesilapan ini...

Ketiga RUMAH, orang melayu banyak membazirkan wang dengan membina rumah mewah dan menghias rumah dengan "melampau". Dia cukup tak setuju dengan tabiat ini, tapi lainlah kalau rumah itu boleh disewakan dan menjana ekonomi yang lebih baik.

Sengaja aku tulis "nasihat percuma" sahabat aku ni, untuk panduan diri sendiri dan buat pedoman anak buah, supaya mendapat "landasan" yang betul dalam kehidupan.



Bergambar di bawah pokok durian Tok





2 comments:

  1. Macho lah pakteh, tebang pokok pakai topi keledar..!
    'Berhati2 di kebun raya'

    hehehe ^__^

    err. nk tnye, kebun tok ni terletak kat mane? cucu yg sorg ni xpnh tau pun akan kewujudan kebun yg satu nih... hehe

    ReplyDelete
  2. Tengok kat Google Map...!!
    ha..haa.haa...!

    Sebenonya ladang tu teletak di seberang sungai (sebelah kanan) kat simpang nak masuk lorong 3

    ReplyDelete